SAHABAT BLOG

05 November 2012

Penduduk Tempatan Dianak Tirikan Empangan Sungai Tembat


 Pagi Sabtu 03/11/2012 baru ni aku pulang ke kampung kerana menjenguk mak aku yang sakit. Aku balik
 menaiki bas Ekspress Tasik kenyir. Harga tiket dari Kuala Lumpur ke Kuala Berang ialah RM40.90 sahaja. Taklah mahal sangat lebih kurang RM0.11 sen sekilometer. Penumpang taklah ramai, ada lebih kurang 20 orang je. Kira selesa jugaklah. Nasib baik naik siang, kalau naik malam, sudah pasti aku tidur punya. Kalau siang tu bolehlah aku baca surat khabar. Habis dua naskah akhbar aku baca, sampaikan iklan pengistiharan kebangkrapan pun aku baca. Manalah tahu kot-kota ada nama yang aku kenal diistiharkan bangkrap.

Bas bertolak jam 9.00 pagi dan sampai di Kuala Berang kira-kira jam 3.30 petang. Kira laju jugaklah. Berhenti rehat sekali di Gambang. Berhenti buang air kecil sekali di Hentian Sebelah Bukit Besi. Naik bas ni satu je kelemahannya iaitu tak boleh nak berhenti ikut sesuka hati. Kalau naik kenderaan sendiri, ikut suka hati je nak berhenti dimana-mana.

Sampai di Kual Berang, selepas sembahyang Zohor di Jamak waktu Asar, aku pun berkira-kira nak baliklah. Nasib baik anak sedare aku hantar kereta. Kalau idak payah jugak aku nak balik ka'pung. Dalam dok melilau di bandar tu, tiba-tiba  kawan aku panggil ajak  minum di Restoran Sapar. Bukan lapor pun, tetapi oleh keran dia ajak, aku pergi jugaklah. Minumlha jugak Teh O Pen segelas dengan pisang goreng.

Kawan aku ni,  kira orang kuat NGO Perwaris Rajawali bertaraf Abg Long Paduka. Entah aku pun tak pernah dengor namanya. NGO dia ni iras-iras NGO PEKIDA di KL. Banyak kenangan aku dengan kawan aku ni masa aku muda-muda dulu, dia tua dah. Kawan aku ni Tok Joro Dikir Karut kampung aku dulu. Aku pun joint jugak pasukan dikir dia sebagai tukang tepuk tangan je. Itu kisah berbelas tahun yang sudah. Sekarang ni, kumpulan dikir tu pun dah dibubarkan. Tapi kalau orang ajak tepuk tangan tu aku reti lagilah.

Dah kawan lama, aku pun tanyalah dia buat apa sekarang ni. Dia kata dia beli lori balak dan angkut balak ke merata tempat. Dalam pada tu dia ceritakan juga pasal ketidak puashati beliau berkenaan pengambilan pekerja di Empangan ke 3 di Tasik Kenyir iaitu di Sungai Tembat dan Sungai Pauh. Dia kata, pihak  kontraktor telah menganaktirikan pekerja tempatan. Beribu-ribu pekerja asing yang diambil pekerja sedangkan pekerja tempatan tak berapa orang sahaja. Lagi satu yang dia sakit hati ialah, pekerja asing di bayar gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja tempatan.

Aku tanya dia, ada ke orang tempatan yang nak bekerja?. Beliau cakap , borang permohonan bertimbun-timbun ada tebal seinci, tetapi minat dan semangat pekerja tempatan untuk bekerja luntur apabila disedari bahawa pekerja asing dibayar lebih mahal dan dilayan lebih baik berbanding pekerja tempatan.

Aku nasihatkan dia supaya mengadu hal ini kepada YB Rozi. Kalau YB Rozi tak boleh buat apa-apa, terus pergi mengadu hal kepada MB supaya keputusan boleh di buat. Kalau dia bercakap dengan  aku pun atau sesape sahaja, bukan boleh selesai masalah pun. Masuk kali ini, dah dua kali dia bercerita dengan aku. Aku cakap dekat dia, kalau aku jumpa dengan dia lagi, aku nak dengar dia ambiol tindakan membuat aduan. Aku agak dia tak berani.

Sebagai kawan, Aku niatkan dalam hati aku untuk paparkan kisah dia ni dalam blog aku. Itu je yang aku boleh buat. Tapi aku taklah bagi tau dia. Kalau betul cerita dia, aku pun rasa bengang juga dengan kontraktor empangan tersebut.

Aku tak tahulah kebenaran cerita kawan aku itu dan statistik yang diberikan oleh beliau iaitu beribu-ribu pekerja asing yang diambil bekerja pun aku tak berani nak sahkan. Cuma aku harap, kalau perkara ini benar-benar berlaku, pihak pemimpin UMNO Tranung hendaklah melihat perkara ini dengan serius. Kerajaan mewujudkan beribu peluang pekerjaan di Tranung, tetapi diisi oleh pekerjaan asing. Apa gunanya kalau macam ni.

2 comments:

Anonymous said...

how's life ? putrarahman.blogspot.com blogger found your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Anonymous said...

[p]It really [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]discount ralph lauren polo shirts[/url] is much easier to get hold of a newer Television for computer once you know which display screen you are searching for . And carefully protected under [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]ralph lauren polo shirts[/url] international copyright law . 猫聛陆 Then again, a lot more durable use of ab muscles sneakers, would-be [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet online[/url] individuals might well be assigned temporarily halt to get assumed as a consequence of newly released parties . Prada - Miucca Prada has a PhD in political [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet[/url] science . Ralph [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]cheap ralph lauren polo shirts
[/url] Lauren clothing is favored by so quite a few Americans and the picture of Ralph's designs current The united states citizens as a clean cut, wonderful looking society . * Pink Pony: A charity line of sportswear [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren uk[/url] and accessories all carrying a pink Polo pony . Hoodie Ralph Lauren is great for [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren outlet online
[/url] any event, There not too dressy or too messy.[/p]