SAHABAT BLOG

18 July 2012

Pelik ye, Semua Bekas-Bekas Masuk PAS, Tak Sudi Masuk PKR Ke?

Di ketika DS Najib sedang berusaha hendak menarik sokongan kalangan orang muda, orang PAS pula pada masa yang sama menerima kemasukan bekas-bekas. Bekas penyanyi, bekas pelakon, bekas pegawai polis, bekas pegawai kerajaan, bekas pemain bola sepak, bekas pemimpin UMNO dan segala yang bekas-bekas. Selepas ni bekas apa pula yang akan masuk PAS. Mungkin bekas tukang masak terkenal, bekas tukang rumah terkenal, bekas penyanyi kelab malam terkenal, bekas tukang kebun terkenal, bekas tukang cuci terkenal mungkin akan joint PAS. Pelik ye, kenapa semua bekas-bekas ini kebetulan masuk parti PAS, tak ada pula yang berminat untuk masuk parti PKR. Semua bekas-bekas ini kebetulan pula terdiri dari orang melayu belaka, tak ada orang Cina dan tak ada orang India atau lain-lain bangsa. 

Minta maaflah PKR, korang tak menjadi pilihan kepada bekas-bekas yang aku sebutkan di atas tadi. Tak tahulah aku kenapa mereka tidak memilih PKR. Jadi kepada pemimpin PKR, jangan beranganlah korang akan menang dalam PRU 13 nanti dan paling penting, janganlah korang berangan ketua Umum korang bakal menjadi Perdana Menteri. Dalam politik ada satu falsafah mudah iaitu " hari ini menjadi kawan, besok boleh bertukar menjadi lawan". Hari ini PKR seronok kerana mereka berkawan dengan PAS dan DAP, tetapi lihatlah selepas keputusan PRU 13 nanti, baru tahu siapa lawan dan siapa kawan.

Kemasukan bekas-bekas ini sebenar sartu fenomena baru di dalam parti politik tanahair. Aku tak tahu kenapa bekas-bekas ini tergerak hati mereka untuk menyertai parti politik. Aku tidak tahu kenapa semasa mereka masih aktif dulu, masih popular, masih berkhidmat dahulu, mereka tidak memnyertai parti politik. Tak ada masa kot, atau tak ada sebab kot ataupun tak dibenarkan kot.  Aku tidak tahu jawapan sebenar daripada bekas-bekas ini tetapi jika ditanya kepada mereka, pelbagai sebab boleh mereka berikan. Semoga tujuan dan matlamat penyertaan mereka di dalam PAS itu tercapai. 

Sebagai orang awam, aku cuma boleh membuat tekaan sahaja.  Mungkin bekas-bekas ini beranggapan  pokok kepala semakin condong, bolehlah mereka tumpang sekaki untuk mencepatkan proses menyembah bumi. Masa pokok kelapa tegak berdiri dulu, mereka tidak sedar pokok kelapa itulah yang telah banyak memberi jasa kepada mereka.  Inilah dikatakan manusia tidak mengenang jasa. Bekas-bekas ini tidak kaji ke apa akibatnya apabila pokok kelapa yang menjadi harapan seluruh bangsa itu tumbang? Ataupun mereka seronok untuk melihat satu kehidupan baru, satu dunia baru, satu Malaysia baru sepertimana keseronokan anak-anak muda yang tak tahu apa-apa tu. 

Rujuk kepada baris pertama artikel ini. DS Najib sedang berusaha menarik sokongan orang muda supaya menyokong BN. Kenapa perkara ini berlaku. Jawapannya ialah UMNO telah silap memilih Ketua Pemuda. Pada pemilihan ketua pemuda mereka yang terakhir, aku lihat satu gelombang sokongan orang muda telah berpihak kepada Mukhriz Mahathir. Ramai orang muda samada ahli UMNO mahupun golongan bukan ahli parti begitu gembira melihat kepada fenomena tersebut kerana mereka tidak suka kepada Khairy. Apabila keputusan diumumkan, harapan dan impian orang muda untuk melihat satu tsunami golongan pengundi muda musnah apabila KJ diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. DS Najib tak boleh kata apa, Muhyidin tak boleh kata apa. Apa yang DS Najib boleh buat ialah dengan tidak memberikan apa-apa jawatan kepada KJ.  Percaturan DS Najib pada masa itu mungkin betul dan tepat, tetapi beliau sedikit silap apabila tidak memberikan jawatan Menteri belia dan Sukan kepada Mukriz. Itu cerita lama. Sekarang ini terpaksalah DS Najib dengan dibantu Menteri Belia dan Sukan bertungkus lumus berusaha hendak menarik sokongan orang muda kepada BN kerana inilah yang menjadi kebimbangan DS Najib sekarang ini.

Sekarang ini hasil usaha yang dilakukan oleh DS Najib, boleh dikatakan 80 % golongan muda menyokong DS Najib. Melihat kepada sokongan ini, BN nampaknya tidak menghadapi masalah untuk menang selesa dalam PRU 13 nanti. Mungkin ada yang kata golongan muda ramai yang menyokong Pakatan Rakyat. Sebenarnay mereka silap kerana yang kelihatan ramai menyokong Pakatan Rakyat itu adalah anak-anak penyokong PAS. Mereka ini memang sejak dalam kandungan  lagi telah didendangkan dengan lagu-lagu PAS, dah tak boleh buat apa dah. Manakala pemuda atau anak-anak penyokong PKR, ramai yang menyokong UMNO kerana sejak dalam kandungan lagi mereka telah didendangkan dengan lagu UMNO. Mak bapak mereka sahaja yang brpaling tadah kerana  teranaiya atau dikecewakan.

Gambar bekas-bekas terbaru yang masuk PAS:

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.



1 comment:

Global Products & Services Review said...

Salam semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.