SAHABAT BLOG

20 July 2012

Kenapa Abby Abadi dan Hairie Othman Joint PAS Terjawab.

Abby Abadi dan Hairie Othman  yangmana antara artis yang sedang berada dipenghujung karier walaupun usia masing-masing masih belum menginjak senja mula mencongak harapan baru apabila menyertai PAS. Mereka mencongak  apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya selepas PRU 13 nanti, harapan mereka untuk menyambung kembali karier kembali mekar mewangi.


(Abby Abadi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am malam tadi)

 
Memetik kata-kata mereka semasa majlis penyerahan borang keahlian seumur hidup Abbd Abadi menjadi ahli PAS, mereka cukup yakin bahawa Pakatan Rakyat boleh mengapai Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Harapan mereka Parti PAS yang mereka anggotai bakal mendukung dan merealisasikan kesenian Islam ke mertabat yang lebih terpuji dan tersanjung.

“Sebagai orang seni saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam,” - Abby Abadi - Rujuk harakahdaily.

Hujah itu sebelumnya turut dikongsi bersama Hairie apabila mencadangkan kepada PAS supaya membikin drama berkaitan perjuangan Islam bagi membolehkan generasi muda tahu asal usul sejarahnya.

Menurutnya elok diterbitkan filem mengisah mengenai kegigihan tokoh terkenal dalam gerakan Islam di Malaya iaitu Dr Burhanuddin Helmy yang begitu banyak berjasa.

“Kalau PAS berminat untuk menerbit filem tersebut eloklah watak utama diberi kepada saya,” - Hairie Othman.

Pendapat peribadi aku ialah harapan dan perjuangan mereka sebenarnya masih kabur kerana dalam keadaan sekarang, dalam situasi semasa, harapan untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya sangat berliku.

Banyak usaha perlu dilakukan oleh mereka jika hendak menawan Putrajaya. Pakatan Rakyat menaruh harapan tinggi kepada  bangsa Cina yang tidak sabar hendak merampas kuasa Melayu, Golongan Muda PAS yang mewarisi politik mak bapak mereka, golongan celik IT yang telah termakan hasutan fitnah para bloger Pro Pembangkang dan sedikit golongan India yang merupakan anak beranak pemimpin PKR dan golongan dewasa yang telah berjanji sehidup semati dengan parti masing-masing.

Namun demikian mereka perlu bersaing dengan BN kerana pada masa yang sama, BN sedang berusaha gigih untuk menarik kembali sokongan golongan Muda, Golongan Celik IT dan juga warga cina yang melibatkan diri di dalam perniagaan Cina. Pada masa yang sama sokongan warga India dan Melayu dewasa boleh dikatakan sudah kembali kepada BN.

Banyak usaha dan kerja yang dilakukan oleh DS Najib telah membuka  hati dan minda serta hijab akal golongan ini untuk kembali menyokong BN.

2 comments:

Anonymous said...

wahh...ade anok kpg dusung buat blog nihh..hihihi selamat berjuang...dr anak kpg dusung

putrarahman said...

Dah 4 tahung aku berblog, baru orang kampung aku perasang. Apa2 terima kasih banyak.