SAHABAT BLOG

09 June 2012

Nak Tahu kenapa pelajar UNISEL tidak sepatutnya mendapat pinjaman PTPTN, baca kat bawah ni..

Setelah mengalami kejutan gorila, kini MB Selangor boleh menarik nafas lega kerana beliau tidak payah lagi bergolok bergadai untuk mencari sumber kewangan untuk membiayai UNISEL ekoran pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL.

Sebenarnya ramai yang kurang faham. Ramai para penyokong PR mengatakan bahawa jika mereka dapat perintah negara, barulah UNISEL akan kecualikan yuran. Malas cari maklumat. Tahu tak bahawa   UNISEL  itu adalah sebuah Universiti swasta yang dimiliki oleh Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYS) iaitu anak syarikat Kumpulan Darul Ihsan Berhad dan dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. 

Segala perbelanjaan dan juga pembayaran gaji kepada tenaga pengajar ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Kerajaan pusat tidak campur tangan langsung. Jadi sepatutnya kerajaan negeri sejak dari dulu lagi telah memansuhkan yuran di UNISEL jika benar mereka berhasrat memberikan pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Apa susah sangat, masukkan dalam bajet tahunan negeri Selangor perbelanjaan untuk UNISEL sepertimana kerajaan pusat berikan kepada Universiti Awam milik kerajaan pusat.  

Ini tidak dilakukan oleh mereka kerana kononnya nak tunggu mereka perintah negara dulu baru nak beri pendidikan percuma. Ramai yang tertipu sebenarnya. Dalam erti kata lain, walaupun ditakdirkan pendidikan percuma dilaksanakan, UNISEL tetap akan mengenakan yuran terhadap para pelajarnya kerana dia universiti swasta, kecuali kerajaan Persekutuan mengambil alih dan mengiktiraf ia sebagai sebuah Universiti Awam. Jadi dimana timbulnya idea tunggu PR ambil alih kerajaan pusat baru pelajar UNISEL akan mendapat pendidikan percuma. Dungu betullah.

Kalau sejak tahun 2008 lagi mereka berkempen untuk memberikan pendidikan percuma, aku percaya dah lama dah kerajaan BN bekukan pinjaman PTPTN untuk UNISEL dan KUIS. Nasib baik idea pendidikan percuma ni baru timbul baru-baru ni. Sebenarnya tak ada salahnya jika kerajaan BN membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL kerana pelajar UNISEL sebenarnya berhak mendapat pendidikan percuma dari kerajaan Pakatan Rakyat  kerana itu janji dan hasrat mereka. 

Kerajaan BN sebenarnya kesian kepada para ibu bapa dan juga pelajar terbabit. Ramai pelajar yang dengar ceritanya nak berhenti, nak pindah, tak ada duit nak bayar kerja kursus dan sebagainya. Kerajaan BN menarik balik pembekuan ini apabila mendapati kerajaan Selangor tidak mampu untuk memansuhkan yuran UNISEL dan pihak UNISEL sendiri pun memberi komitmen tidak akan memansuhkan yuran mereka. Sepatutnya para ibu bapa dan pelajar tak boleh marahkan kerajaan pusat, tetapi mereka beramai-ramai menuntut supaya kerajaan Selangor memansuhkan yuran UNISEL. Itu Universiti milik kerajaan PR, bukan Universiti Awam milik kerajaan persekutuan.

Apa-apa pun, aku minta kepada kerajaan BN, jika mereka berjaya memerintah kembali, jadikan UNISEL itu sebagai sebuah Universiti Awam dan bukannya Universiti Swasta.



5 comments:

ryry said...

btol to. yran daftar mahal gler, msuk sem 1 kne byar srbu lbe, tmsuk asrma. huh!! bngang btol la

Anonymous said...

BNGANG2! KO MASUK U MANE2 PUN SEMUA SERIBU KE ATAS KECUALI UITM.

DAN KO COGAM KNE FHM SEKARANG NI BOS KERAJAAN SEKARNG NI ADALAH BN KT PUTRAJAYA, JADI SELANGOR GAK KIRA PEKERJA BN, JADI LAU PEKERJA NK WT SATU TINDAKAN MENGATASI BOS,KO INGAT BOS NK SETUJU KER..??
JADI UNTK SELANGOR KUAR DRI BOS NYE TU DIA TERPAKSA CARI DAN SENDIRI, DAN UNTUK PENGETAHUAN PR SELANGOR MAMPU UNTUK BG PENDIDIKAN PERCUMA JIKA TIADA YANG MENGACAU..
SELANGOR ADALAH NEGERI YANG TERKAYA..(LAU KO NK BUKTI SEMUA NI KO CARI SENDIRI) LAU KAU BG KO TK PCYE LAK.

PENDIDIKAN PERCUMA NI BUKN REVOLUSI YANG BARU, DH DIBUAT DH KT NEGARA-NERAGA LAIN... CUME DASAR NYE SEMUA KNE MENYOKONG DAN BERSETUJU....

Anonymous said...

Betul tu . Kewangan masih under krjaan . Yuran standard la tu . Ko try cari ipts yg yuran ratus je . Ade jumpe ? Kalau perasan la kn , KENAPA KERAJAAN XBENAR KN STUDENT IPTA/IPTS MENGUNDI ? Haha SBB STUDENT DPT BEZA KN YG MNE KRJAAN MENIPU .hentam rakyat gila2 . Bg BR1M tp harge brg trus naik lpas PRU . Sedar lah yg di seleweng tu duit RAKYAT . CUKAI XLEH NK KIRA DH . TERLALU BNYK . Sikit aq xredha duit yg di SELEWENG . Ape nak jawap AKHIRAT nnti ?

Unknown said...

lau taknak yuran mahal blaja la kat ipta.. unisel la ipts yg pling murah yuran nye bnding ngan ipts lain.. time mgundi tabur duit.. da sengkek hari2 ade road block.. =)

Anonymous said...

Hmmmm bang dah kena kecing dengan PH... KE DUDUK DALAM GUA LAGI