SAHABAT BLOG

25 September 2008

sEMALAM dI jALAN tAR

Puasa dah nak sampai ke penghujungnya. Persiapan untuk raya aku dah beli. Baju anak-anak beli lama dah, Cuma baju Melayu angah je yang masih tertangguh nak beli. Aku beli dekat Pekan Sungai Besi je hari sabtu ni. Zakat aku masih belum bayar lagi, cadangnya nak bayar pada hari ni. Gaji masuk hari ni, tapi aku tak ambil lagi kerana duit bonus itu hari masih ada lagi.

Semalam aku pergi ke Jalan TAR. Aku berbuka di pejabat kerana aku tak nak balik kerumah dulu. Nanti banyak hal yang terjadi seperti anak-anak nak ikutlah dan sebagainya. Aku lebih senang membeli seorang diri bila nak membeli untuik diri aku kerana aku memang berkira bila nak membeli. Aku bawa baju T-Shirt siap-siap untuk di pakai. Takkan nak pakai baju kerja kot.

Untuk ke Jalan TAR, aku naik Purta LRT kerana aku tinggal motor aku dipejabat. Risau jugak untuk bawak motor malam-malam nak raya ni. Jamnya gile-gile dan aku tak nak ambik risiko. Aku cadang nak beli baju dan seluar dan selipar untuk aku pulak. Baju Melayu aku pakai yang tahun lepas je. Tak mampu aku nak beli kerana duit sekarang ni macam tak ada harga lagi. Barang-barang keperluan semakin naik harga dan keperluan pulak semakin bertambah. Aku beli mana yang patut je le.

Sampai di Jalan TAR, aku pun susuri gerai-gerai yang menjual kain-kain baju di situ. Aku dapati sudah ramai peniaga yang sudah mula menurunkan harga pakaian mereka dan sudah ada yang memekik “ lelong, lelong,lelong” . Aku hanya menyentuh dan menanyakan kain tudung je kerana aku bercadang nak belikan untuk mak aku, tetapi tak jadi kerana yang ku tanya berharga RM45.00 sehelai. “ Huh! Mahalnye, Cuma nak tutup kepala je”, kata aku dalam hati. Manusia semakin ramai dan Jalan dah semakin sempit dilorong-lorong sepanjang gerai-gerai tersebut. Himpit menghimpit antara lelaki dan perempuan tak usah nak ceritalah. Tetapi semuanya menunjukkan sikap sporting, dan tak ada yang melenting walaupun aku beberapa kali tersenggol tempat sensitive kaum perempuan. Bukan aku sengaja pun. Kalau aku sengaja, tentu mereka perasan punye. Kain-kain baju memang banyak terutama baju kurung, baju melayu dan kain tudung. Kain tudung manjalara di jual RM20.00 je. Aku sering terdengar dialek-dialek Kelantan daripada para peniaga di situ. Memang aku akui dan tabik dengan sikap rajin orang Kelantan mencari rezeki.

Setelah lemas dan kepanasan aku dengan kesesakan di Jalan TAR, lalu aku pun keluar ke Jalan besar dan terus memasuki KAMDAR. Kebetulan KAMDAR ada jualan murah. Aku dapati banyak baju jenama DURBAN sedang sale sehingga 70%. Tetapi aku bukan nak beli baju kereja , maka aku buat dono je. Aku beli seluar jeans entah apa ke jenis dengan harga RM44.91 selepas diskaun 10%, aku beli baju swarzeberch ( betul ke tak aku eja ni ) dengan harga RM28.00 selepas diskaun 50%. Diskaun pun tipu kerana material memang layak pun harga RM28.00 tu. Ini memang taktik para peniaga, mereka “up” dulu harga kemudian baru bagi diskaun. Aku juga beli untuk isteri aku baju mengandung dengan harga RM30.00 selepas diskaun 30 %. Aku belanja lebih kurang RM100.00 lebih dekat KAMDAR. Pukul 9.00 KAMDAR tutup. Awal jugak mereka tutup sedangkan orang masih ramai yang datang untuk membeli. “Ah! Peduli apa aku mereka nak tutup pukul berapa”, kata dalam hati aku, tetapi pada aku strategi perniagaan mereka kurang berkesan. Sepatutnmya time-time raya ni,. Lanjut le sehingga pukul 10.00 malam.

Setelah KAMDAR tutup akupun nak pergi cari selipar untuk mak aku dan sambil-sambil itu nak beli selipar untuk aku juga. Aku pun pergi ke SOGO. Kebetulan SOGO pun ada jualan murah. “Mungkin ada yang murah kot”, dalam hati ku kata. Aku naik ke tingkat paling atas untuk cari tempat jual selipar , tetapi rupa-rupanya ianya ada ditingkat paling bawah. Buat penat je aku naik tangga , nasib baik tangga bergerak. “Huh, bukan murah pun, nama je jualan murah tetapi semuanya berharga melebihi RM50.00 selepas diskaun”, aku bersungut dalam hati. “ Ini tak boleh jadi” , bisik hati kecil ku, aku mesti pergi ke Kompleks Cambell kerana di situ aku tahu banyak jual barangan kulit seperti selipar dan kasut.

Sampai di Kompleks Cambell, aku pun menyusuri dari kedai ke kedai. Memang banyak kedai yang menual di situ tetapi sekali lagi aku kecewa kerana harga selipar semuanya melebihi RM70.00. Hai, tak mampu aku nak beli kerana bajet aku Cuma bawah RM50.00. Aku dapati tak ada banyak pilihan untuk membeli selipar wanita di situ, maka aku pun keluarlah. Aku cadang nak susuri kembali gerai-gerai di lorong-lorong di situ tetapi bila memikirkan sesaknya, maka aku ambil keputusan untuk susuri di tepi kedai sepanjang Jalan TAR tu.

Sampai di satu kedai, entah apa namanye aku pun tak tengok. Aku dapati banyak menjual selipar wanita dan potongan harga jugak. Aku pun belek-belek harga selipar dan akhirnya aku beli selipar untuk mak aku dengan harga RM12.99 dan RM16.99. Dua pasang aku beli kerana aku cadang kalau adik perempuan aku nak satu, bolehlah dia ambik satu, tetapi aku beli semua saiz 8 iaitu saiz kaki mak aku. Murah je, kalau nak dikira memang tak patut aku beli selipar murah lagu tu untuk mak aku. Tapi ini aje yang aku fikir aku mampu dan aku sendiri pun tak le pakai mahal-mahal mana pun. Aku cadang nak beli selipar untuk along dan acik, tapi risau tak muat pulak. Lagi pun isteri aku bagi tau bahawa Tok Wan dia orang dah belikan. Habislah RM30.00 aku belanja disitu. Satu yang menarik di kedai itu aku dapati stok-stok semuanya berada di tingkat atas kedai. Proses membawa turun stok menggunakan raga yang diikat dengan tali. Cuba bayangkan kalau kebetulan terlucut pegangan tali dan ada anak kecik di bawah, pasti kecoh jadinya. Macam tak ada kaedah lain di orang nak buat. Kal;au ye pun nak buat, pilihlah sudut yang tiada orang lalu lalang seperti di tepi dinding ke, ataupun di sudut tertentu yang dikhaskan ke? Ini tidak di tengah-tengah kedai tu dilaksanakannya proses tarik menarik raga tersebut.

Jam dah SEIKO aku dah tunjukkan hampir pukul 10.30 malam. Tapi jam aku ni asyik berubah je masanya. Jam automatic le katakan. Akupun fikir dah lewat maka aku pun ambil keputusan untuk pulang je le . Dalam perjalanan pulang tu aku terpandang sebuah kedai yang menjual kain tudung dengan harga RM5.00 sehelai. Tanpa berfikir panjang, lantas aku pun sambar 4 helai. Aku beli 4 warna untuk adik, mak, isteri dan along. Jadi semuanya RM20.00. Murah memang murah tetapi bolehlah tutup aurat rambut tu. Kalau beli mahal-mahal pun nanti timbul riak pulak. Lepas beli tudung tu aku bercadang nak makan dekat KFC kerana perut terasa lapar dan tekak dahaga pulak. Aku pun bercadang nak melintas untuk ke KFC di seberang Jalan , tetapi Jalan pulak sibuk. Dalam masa nak melintas tu, aku terfikir bahawa lebih baik aku pekena nasi goreng kampung di kedai janda dekat rumah aku. Ye ke janda aku pun tak pernah tanya, aku je yang kata. Aku pun tak jadi pergi ke KFC. Aku pun baliklah dalam keadaaan dahaga. Memang aku ni kedekut untuk diri aku sendiri. Duit susah nak cari sekarang ni. Bukan ada sape-sape nak tolong jika aku tak ada duit.

Aku sampai ke rumah kira-kira jam 11.15 malam. Aku tak jadi makan nasi goreng kampung kerana aku terfikir bahawa mee goreng yang isteri aku masak mesti masih ada kerana aku sesedar bahawa isteri aku memang tak pandai nak bajet masakan. Kalau berniaga kedai makan memang hari-hari rugi. Kalau dia masak biasanya untuk 10 orang makan sedangkan kami Cuma 6 orang je, itu pun termasuk acik yang berumur 3 tahun lebih. Hari-hari ada sahaja makanan yang membazir. Aku sering tegur dia , tetapi merajuk pulak. Tetapi dalam tidak pandai bajet dia tu, ada untungnye kerana aku dapat makan mee goreng dia he he he. Habis aku kerjakan baki yang ada.

Setelah penat aku berjalan-jalan di Jalan TAR, akupun tidur lebih kurang pukul 12.00 malam. Aku tidur diluar di depan TV je kerana Along dan Angah tidur di situ. Hitung-punya hitung aku belanja sebanyak RM150.00 semalam di Jalan TAR walaupun bajet aku RM200.00.

No comments: